IKUTILAH BLOG INI SETIAP HARI. PENA AKAN CUBA UNTUK POST (UPDATE) SEGALA KERATAN BERITA YANG BERKAITAN DENGAN MASYARAKAT SIAM KITA INI. BUAT MASA SEKARANG, PENA HANYA AKAN POST KERATAN BERITA LAMA-LAMA TERLEBIH DAHULU. WALAU BAGAIMANAPUN, HARAP BERSABAR JE UNTUK MENDAPAT KERATAN BERITA YANG TERKINI.

Monday, January 10, 2011

Masyarakat Siam Kedah Diingat Usah Digula-gulakan

KUALA NERANG: Pegawai Hal Ehwal Masyarakat Siam Kedah, Boon Som Inong mengingatkan kira-kira 25,000 masyarakat Siam di negeri ini yang layak mengundi supaya memangkah calon Barisan Nasional (BN), Sabtu ini.

Katanya, beliau sudah membuat tinjauan di beberapa perkampungan masyarakat Siam terutama di Naka, Pedu, Baling, Pendang dan Sik sejak beberapa hari lalu bagi mengingatkan mereka supaya tidak digula-gulakan pembangkang.

Beliau berkata, menjelang Sabtu ini pelbagai taktik kotor akan dilakukan parti pembangkang, oleh itu adalah perlu mereka diberi ingatan supaya tidak tertipu.

"Kita faham masyarakat yang tinggal di pedalaman selalunya akan dipujuk dan dirayu hingga saat akhir pihak tertentu untuk kepentingan parti pembangkang dengan tujuan memancing undi.

"Masyarakat Siam perlu ingat mereka sudah mendapat banyak nikmat menerusi kerajaan BN dan sokongan perlu terus diberi kepada kerajaan sedia ada," katanya ketika mengadakan pertemuan dengan kira-kira 300 masyarakat Siam di Kampung Lamdin, di sini, semalam.

Beliau berkata, masyarakat Siam di negara ini tidak pernah dipinggirkan dan mereka mempunyai hak sama dengan kaum lain serta tidak pernah bezakan kerajaan.

"Jika kaum lain mendapat subsidi, petani Siam juga dapat subsidi, jika di kampung Melayu yang bersebelahan dengan perkampungan Siam mendapat kemudahan infrastruktur termasuk jalan raya hingga ke ceruk kampung, perkampungan Siam juga mendapat kemudahan sama.

"Masyarakat Siam juga menerima pelbagai bantuan daripada kerajaan sama seperti kaum lain termasuk bantuan persekolahan dan adalah tidak wajar jika mereka tidak tahu membalas budi kerajaan," katanya.

Beliau berkata, satu ketika dulu memang ada segelintir masyarakat Siam berada di atas pagar.

Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/ ... index_html; 6 Mac 2008

Masyarakat Siam Tidak Dipinggir

Masyarakat Siam tidak dipinggir

JITRA 3 Mac - Masyarakat Siam di sini tidak pernah dipinggirkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam arus pembangunan yang semakin rancak di kawasan ini.


Calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra, Datuk Saad Man berkata, masyarakat Siam kini maju seiring dengan masyarakat keturunan lain dalam semua bidang termasuk pelajaran, sosial dan ekonomi.


Menurutnya, kerajaan selama ini tidak pernah mengabaikan masyarakat Siam sebaliknya sentiasa dibantu supaya mereka tidak ketinggalan berbanding kaum-kaum lain.


Malah katanya, terdapat di kalangan generasi muda masyarakat Siam yang berjaya dalam bidang pelajaran dan perniagaan.


''Saya berbangga dengan masyarakat Siam di daerah ini yang tidak pernah merendah diri sebaliknya berani bersaing dengan masyarakat lain untuk mengubah taraf hidup mereka," katanya pada majlis pertemuan dengan masyarakat Siam di Kampung Sungai Baru di sini malam tadi.


Dalam pada itu, Saad mengingatkan masyarakat Siam supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah parti pembangkang yang cuba menghasut mereka membenci kerajaan.


Katanya, masyarakat Siam sepatutnya bersyukur dengan nikmat yang dikecapi sekarang hasil pemerintahan kerajaan BN yang cekap sejak negara mencapai kemerdekaan.


Jelasnya, berdasarkan rekod pemerintahan kerajaan BN selama ini, adalah wajar kerajaan itu perlu terus diberi kepercayaan untuk mentadbir negara ini.


''Kerajaan BN terbukti membawa banyak perubahan dan pembangunan di negara ini termasuk membela nasib masyarakat Siam," ujarnya.


Sumber: Utusan Malaysia; Utara; 24 Mei 2008 

48,000 Anggota MCA, Thai Kelantan Dipastikan Sokong BN

KOTA BHARU 3 Mac — 48,000 anggota masyarakat keturunan Cina dan Siam di Kelantan akan dipastikan mengundi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac depan.

Kedua-dua pempin masyarakat berkenaan sedang bergerak ke akar umbi di seluruh negeri untuk menerangkan kepada mereka tentang janji BN untuk masa depan yang lebih terjamin kepada semua etnik.

Pengerusi Perhubungan MCA Kelantan, Tan Sri Lau Yen Pin berkata 40,000 daripada jumlah berkenaan terdiri daripada masyarakat Cina yang tinggal di bandar-bandar terutama di Kota Baharu dan mereka boleh menjadi penentu kemenangan BN.

“Manifesto BN Kelantan yang dikeluarkan pada pilihan raya kali ini merupakan terbaik sejak negara mencapai kemerdekaan,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan anggota MCA di Pasir Puteh.

Beliau berkata, hampir kesemua yang dituntut oleh MCA Kelantan sebelum ini sudah dimasukkan dalam manifesto itu dan akan dilaksanakan sebaik saja BN mendapat mandat pada pilihan raya ini.
Beliau berkata, tiada sebab anggota MCA menolaknya selepas 18 tahun di bawah pemerintahan Pas yang tidak banyak perubahan yang dilakukannya terhadap golongan etnik itu.
Pengerusi Masyarakat Siam Kelantan, Eh Chot A/L Chachan berkata, 90 peratus daripada jumlah kira-kira 8,000 yang layak mengundi sudah berikrar mengundi calon BN.

Beliau berkata, mereka sebahgian besarnya tinggal di kampung-kampung terutama di Tumpat, Tanah Merah, Bachok dan Pasir Puteh.

Katanya, sebahagian besar mereka terdiri daripada golongan petani dan penjaja kecil yang kebanyakannya hidup miskin.

Eh Chot berkata, hanya sebilangan kecil daripada mereka terpengaruh dengan parti pembangkang disebabkan terikat dengan pemberian hak milik tanah seperti di Semerak, Pasir Puteh.

Beliau berkata, sebahagian pula termakan budi selepas mendapat gerai menjual sayur di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu.

Bagaimanapun katanya, masyarakat Siam tidak seharusnya melupakan terlalu banyak jasa kerajaan BN yang membantu mereka walaupun berada di bawah pemerintahan Pas.

Katanya, peruntukan terbaru sebanyak RM100,000 telah diluluskan untuk mengembangkan bahasa Thai, bahasa ibunda mereka.
— BERNAMA

Sumber: Utusan Malaysia; Terkini; 3/3/2008

Wednesday, January 5, 2011

Pelan Induk Kemajuan Masyarakat Siam Kelantan Beri Manfaat Besar

KAMPUG TERBAK – Bagi mencetuskan hala tuju cemerlang dan kesejahteraan serta kemakmuran bagi
13,000 etnik Siam Kelantan pada masa hadapan, Persatuan Masyarakat Siam Kelantan menggariskan lima agenda utama menerusi pelan induk kemajuan masyarakat Siam Kelantan (2008 – 2011) yang dirangka persatuan ini pada Disember 2007.

Pengerusi Persatuan Masyarakat Siam Kelantan, Eh Chot Cha Chan berkata, pelan induk tersebut merupakan agenda perdana untuk memperkukuhkan asas dan seterusnya menjadi penentu kepada penbentukan masyarakat Siam Kelantan yang bersatu padu, maju serta sejahtera.       

Katanya, pelan induk itu antaranya mempertingkatkan pembangunann prasarana institusi pendidikan Siam Kelantan.

“Pembangunan berkenaan melibatkan kemudahan dan keberkesanan pembelajaran serta pengajaran bahasa ibunda (bahasa Thai) di sebuah tadika dan 14 uah sekolah bahasa Thai di wat-wat seluruh Kelantan.

“Ini adalah pelengkapan kepada pembangunan modal insane disamping program peningkatan pencapaian akademik kepada pelajar-pelajar berketurunan Siam di sekolah rendah dan menengah terutamanya di Tumpat,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambahannya, agenda berikutnya berkaitan penyelenggaraan tanah perkuburan atau rumah pembakaran mayat, pegurusan dan pembangunan 20 buah wat Siam, pengendalian aktiviti tiga NGO Siam dan pembangunan prasarana 0 buah kampung tradisi siam dengan kemudahan pusat komuniti, perpustakaan desa serta balai raya.

Katanya yang juga Yang Dipertua Persatuan Siam Malaysia cawangan Kelantan, sejak negera merdeka 50 tahun lalu, inilah julang-julang kali masyarakat Siam Kelantan dapat bersatu dalam satu persatuan yang kukuh.

“ Kejayaan merangka pelan induk ini bertitik tolak daripada kerjasama pemimpin keturunan Cina dan India Kelantan yang diketuai Pengerusi Badan Perhubungan MCA Negeri Kelantan, Tan Sri Datuk Lau Yin Pin,” katanya.

Tambahannya lagi, pelan induk berkenaan mengandungi permuhonan peruntukan kewanan khas untuk masyarakat Siam Kelantan dalam tempoh empat tahun telah pun disampaikan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melalui Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan bersama pelan induk kemajuan masyarakat Cina, Siam dan India Kelantan.


“Ini adalah hasil cadangan dan resolusi konvensyen masyarakat Cina, Siam dan India Kelantan yang diadakan pada 27 April tahun lepas di Kota Bharu,” ujarnya.

Eh Chot berkata, seluruh masyarakat Siam Kelantan menaruh harapan tinggi terhadap pelan induk ini akan dapat dilaksanakan oleh kerajaan persektuan.

“Kempen penerangan kepada seluruh masyarakat Siam Kelantan sedang dijalankan di semua kampung penduduk Siam ini,” katanya.


Sumber: Sinar Harian; Isnin 11 Februari 2008; sinar@tumpat; K6

Masyarakat Siam Janji Beri Sokongan

PENDANG: Lebih 60,000 masyarakat Siam yang menjadi warga negara ini berjanji memberi sokongan padu kepada kerajaan di bawah pimpinanPerdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sehubungan itu, Presiden Persatuan Siam Malaysia, Siw Chun a/p Eam, berkata kira-kira 40 peratus ahli persatuan itu yang layak mengundi pada pilihan aya umum kali ini akan memlilih calon BArisan Nasional (BN).

“Sebelum ini pun masyarakat Siam tidak pernah menghadapi masalah untuk memberi undi 100 peratus kepada calon BN dan pada pilihan raya pada kali ii kita memberi jaminan sokongan padu yang serupa.

“Masyarakat Siam bijak dan tidak mudah terpengaruh dengan janji manis yang ditabur pembangkang.

“Pembangkang tidak dapat jamin hak kaum minoriti seperti kami, tetapi BN memberi layanan sama rata kepada masyaratkat Siam sama seperti yang dinikmati bangsa lain,” katanya di sini, semalam.

Terdahulu, beliau menghadiri perjumpaan bersama pemimpin yang dhadiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang diwaili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib RAzak.

 Mahdzir kemudian merasmikan mesyuarat agung kelapan persatuan itu.

Sementara itu, Mahdzir berkata kerajaan amat menghagai skongan tiak berbelah bahagi itu dan akan terus memastikan masyarakat berkenaan terjaga.

Beliau turut mengumumkan menambahkan perutukan tahunan kepada masyarakat berkenaan daripada RM300,000 kepada RM400,000 tahun ini bagi memolohkan mereka menjaankan pelbagai aktiviti.

Sumber: Berita Harian Selasa 29 Januari 2008; Nasional 6

Masyarakat Siam janji sokong BN

PENDANG 28 Jan. - Masyarakat Siam berjanji akan memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-12 nanti.

Presiden Persatuan Siam Malaysia, Senator Siw Chun Eam berkata, masyarakat Siam di negara ini akan menyokong siapa sahaja calon BN yang dipilih untuk bertanding.


"Prinsip kita ialah utamakan parti dan menolak pihak yang memainkan isu calon, bagi menjamin BN memenangi pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas perasmian mesyuarat perwakilan ke-8 persatuan itu oleh Menteri Besar Datuk Seri Mahdzir Khalid di sini, hari ini.


Siw Chun berkata, masyarakat Siam tidak mempunyai alasan untuk menolak BN yang selama ini membela dan tidak pernah mengetepikan hak mereka walaupun mereka cuma merupakan kaum minoriti di negara ini.


Contoh"Saya yakin dan percaya masyarakat Siam akan menggunakan minda yang waras untuk menilai baik dan buruk nasib mereka di bawah pemerintahan BN," katanya dengan mengambil contoh nasib masyarakat Siam di Kelantan yang dibela oleh BN walaupun negeri itu diperintah pembangkang.


Menurutnya, hampir 40 peratus daripada 60,000 masyarakat Siam di negara ini layak mengundi pada pilihan raya umum kali ini.


Siw Chun berkata, kecuali BN, parti lain belum tentu akan membela nasib masyarakat Siam sebagaimana yang dibuktikan BN sejak negara mencapai kemerdekaan.


"Kita berjanji akan menyokong BN selamanya dan komited untuk mengekalkan perpaduan sebagaimana yang terjalin sehingga negara mencapai kemakmuran pada hari ini," katanya.


Mahdzir dalam ucapannya mengumumkan pemberian bantuan tahunan sebanyak RM400,000 kepada persatuan itu tahun ini, iaitu tambahan sebanyak RM100,000 berbanding tahun sebelumnya.


Tambahan bantuan itu antara lain akan membolehkan persatuan tersebut mengubah suai bangunan dua tingkat berharga RM300,000 yang dibeli di Alor Star untuk dijadikan pejabat.
- Bernama


Sumber: Utusan Malaysia; Politik; 28 Junuari 2008

Minoriti Tidak Terpinggir, Kata Masyarakat Siam

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Masyarakat Siam, antara kumpulan minoriti di negara ini, hari ini tampil membidas puak pelampau India kerana membuat tuduhan berbentuk fitnah kononnya wujud penghapusan etnik di Malaysia. 

"Masyarakat Siam kesal dengan tuduhan Hindraf kerana kami sebagai masyarakat minoriti tidak dipinggirkan dalam pelbagai program pembangunan," kata Pengerusi Persatuan Masyarakat Siam Kelantan, Eeh Chot Cha Chan.

Katanya tuduhan yang dilempar kumpulan pelampau kaum India dikenali Hindraf harus dihentikan kerana ia boleh menjejaskan perpaduan kaum.

Eeh Chot berkata kebajikan masyarakat Siam yang berjumlah 60,000 di seluruh negara dengan 13,000 daripadanya di Kelantan sentiasa mendapat perhatian kerajaan dan keadilan sosial baik dalam program pembangunan, kebudayaan dan adat resam.

"Perayaan Songkran dan Loy Krathong mendapat pengiktirafan kerajaan dengan diberikan peruntukan besar setiap tahun," katanya.

Di Johor, anggota Dewan Undang Negeri kawasan Kahang, S.Ramis menasihati masyarakat India jangan terperangkap dengan pembohongan yang dilempar oleh Hindraf.

Mereka harus melihat gambaran yang lebih besar sebelum menerima dakwaan bahawa mereka dipinggirkan daripada pembangunan negara, katanya.

"Isu kuil dan juga sekolah Tamil yang didakwa oleh Hindraf melalui apa juga medium termasuk SMS adalah tidak benar. Jangan terperangkap," katanya.

Menurut beliau tidak ada masyarakat di negara ini yang berpuas hati dengan apa yang mereka ada termasuk Melayu dan Cina namun mereka menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakannya.

MIC Johor, katanya, akan pergi ke peringkat akar umbi untuk memberi penerangan kepada masyarakat India mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Hindraf.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Datuk Shahrir Samad berkata adalah tidak wajar bagi Hindraf untuk menjadikan dakwaan mereka sebagai isu politik dan membawanya ke peringkat antarabangsa kerana pihak luar akan mengambil kesempatan untuk menonjolkan agenda mereka.

Beliau berkata bahawa dengan membawa isu itu ke peringkat antarabangsa, ia menjadi lebih sukar untuk diselesaikan.

"Kita tidak tahu latar belakang pihak luar dan apa agenda mereka," katanya.

-- BERNAMA pada 7.12.2007