IKUTILAH BLOG INI SETIAP HARI. PENA AKAN CUBA UNTUK POST (UPDATE) SEGALA KERATAN BERITA YANG BERKAITAN DENGAN MASYARAKAT SIAM KITA INI. BUAT MASA SEKARANG, PENA HANYA AKAN POST KERATAN BERITA LAMA-LAMA TERLEBIH DAHULU. WALAU BAGAIMANAPUN, HARAP BERSABAR JE UNTUK MENDAPAT KERATAN BERITA YANG TERKINI.

Monday, January 10, 2011

48,000 Anggota MCA, Thai Kelantan Dipastikan Sokong BN

KOTA BHARU 3 Mac — 48,000 anggota masyarakat keturunan Cina dan Siam di Kelantan akan dipastikan mengundi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac depan.

Kedua-dua pempin masyarakat berkenaan sedang bergerak ke akar umbi di seluruh negeri untuk menerangkan kepada mereka tentang janji BN untuk masa depan yang lebih terjamin kepada semua etnik.

Pengerusi Perhubungan MCA Kelantan, Tan Sri Lau Yen Pin berkata 40,000 daripada jumlah berkenaan terdiri daripada masyarakat Cina yang tinggal di bandar-bandar terutama di Kota Baharu dan mereka boleh menjadi penentu kemenangan BN.

“Manifesto BN Kelantan yang dikeluarkan pada pilihan raya kali ini merupakan terbaik sejak negara mencapai kemerdekaan,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan anggota MCA di Pasir Puteh.

Beliau berkata, hampir kesemua yang dituntut oleh MCA Kelantan sebelum ini sudah dimasukkan dalam manifesto itu dan akan dilaksanakan sebaik saja BN mendapat mandat pada pilihan raya ini.
Beliau berkata, tiada sebab anggota MCA menolaknya selepas 18 tahun di bawah pemerintahan Pas yang tidak banyak perubahan yang dilakukannya terhadap golongan etnik itu.
Pengerusi Masyarakat Siam Kelantan, Eh Chot A/L Chachan berkata, 90 peratus daripada jumlah kira-kira 8,000 yang layak mengundi sudah berikrar mengundi calon BN.

Beliau berkata, mereka sebahgian besarnya tinggal di kampung-kampung terutama di Tumpat, Tanah Merah, Bachok dan Pasir Puteh.

Katanya, sebahagian besar mereka terdiri daripada golongan petani dan penjaja kecil yang kebanyakannya hidup miskin.

Eh Chot berkata, hanya sebilangan kecil daripada mereka terpengaruh dengan parti pembangkang disebabkan terikat dengan pemberian hak milik tanah seperti di Semerak, Pasir Puteh.

Beliau berkata, sebahagian pula termakan budi selepas mendapat gerai menjual sayur di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu.

Bagaimanapun katanya, masyarakat Siam tidak seharusnya melupakan terlalu banyak jasa kerajaan BN yang membantu mereka walaupun berada di bawah pemerintahan Pas.

Katanya, peruntukan terbaru sebanyak RM100,000 telah diluluskan untuk mengembangkan bahasa Thai, bahasa ibunda mereka.
— BERNAMA

Sumber: Utusan Malaysia; Terkini; 3/3/2008

No comments:

Post a Comment