IKUTILAH BLOG INI SETIAP HARI. PENA AKAN CUBA UNTUK POST (UPDATE) SEGALA KERATAN BERITA YANG BERKAITAN DENGAN MASYARAKAT SIAM KITA INI. BUAT MASA SEKARANG, PENA HANYA AKAN POST KERATAN BERITA LAMA-LAMA TERLEBIH DAHULU. WALAU BAGAIMANAPUN, HARAP BERSABAR JE UNTUK MENDAPAT KERATAN BERITA YANG TERKINI.

Thursday, December 30, 2010

Perayaan Chak Phra Masyarakat Thai Tekankan Semangat Kerjasama

Oleh: MATT NAZRIEE HASSAN


PERAYAAN " Tarik Sami " atau lebih dikenali dengan nama Chak Phra akan dijadikan satu acara kebudayaan masyarakat Thai di negeri ini untuk menarik pelancong menyaksikannya.


Perayaan itu yang disambut setahun sekali di Watt Thamkiriwong, Padang Pusing dekat sini menampilkan satu pesta yang unik oleh masyarakat Thai, sejak turun temurun lagi.


Ketua Sami watt itu, Phra Palad Phat berkata, pihaknya mencadangkan supaya Persatuan Siam Malaysia membuat permohonan kepada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan supaya memasukan acara itu ke dalam kalendar pelancongan.


"Perayaan itu disambut serentak oleh masyarakat Thai pada awal November setiap tahun bagi kalendar masyarakat Thai," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perayaan itu di Padang Pusing, baru-baru ini.


Perayaan itu disambut sempena genap tiga bulan sami-sami baru bertapa di watt masing-masing. Dalam perayaan di sini, masyarakat Thai dari kampung-kampung sekitar akan menyambut upacara itu dengan menarik sebuah model kenderaan berukiran perahu naga tanpa roda seberat hampir 2,000 kilogram.


Tujuh orang sami dan tiga pemukul gendang berada di atas perahu naga itu yang ditarik sejauh satu kilometer oleh kira-kira 500 penduduk secara berpadu tenaga dengan iringan muzik tradisional masyarakat Thai. Sepanjang 100 meter tali rotan diikat pada perahu naga berkenaan untuk orangramai menarik ke lokasinya hampir dua jam.


"Kerjasama di antara penduduk dan semangat perpaduan yang jitu adalah aspek penting yang ditekankan dalam perayaan ini untuk menarik perahu naga tanpa roda ini ke satu lokasi yang ditetapkan", katanya lagi.


Selain di watt Padang Pusing, Watt Lampan di Pendang dan Watt Padang Sera di Kulim turut meraikan upacara yang sama serentak.



www.kedah.gov.my/warta/Bil12002/ Index.htm 

No comments:

Post a Comment