IKUTILAH BLOG INI SETIAP HARI. PENA AKAN CUBA UNTUK POST (UPDATE) SEGALA KERATAN BERITA YANG BERKAITAN DENGAN MASYARAKAT SIAM KITA INI. BUAT MASA SEKARANG, PENA HANYA AKAN POST KERATAN BERITA LAMA-LAMA TERLEBIH DAHULU. WALAU BAGAIMANAPUN, HARAP BERSABAR JE UNTUK MENDAPAT KERATAN BERITA YANG TERKINI.

Thursday, December 30, 2010

ALOR SETAR 4 Nov. -- Kepelbagaian kaum, budaya, agama dan adat resam di negara ini terbukti apabila masyarakat Siam di negeri ini telah menyambut pesta Loy Khrathong dengan penuh warna-warni dan meriah dalam suasana aman.

Perayaan yang turut disambut di beberapa negara seperti Thailand, Burma, Kemboja dan juga Vietnam itu telah berusaha lebih 700 tahun, kini terus kekal sebagai salah satu simbol kekayaan budaya masyarakat Siam, khususnya di negara ini.

Bagi masyarakat Siam di Kedah, sambutan pada tahun ini diadakan dengan penuh kemeriahan dan antara tempat yang dipilih sebagai pusat sambutan ialah di Sungai Baru di Jitra dan Padang Pusing di Pendang.

Di Wat Jitraram di Jitra, kira-kira 2,000 telah memenuhi perkarangan wat sejak awal malam lagi, sementara di Padang Pusing pula lebih 1,500 telah memeriahkan sambutannya.

Selain daripada menghanyutkan bunga teratai bersama lilin yang menyala di sungai, para pengunjung yang datang ke pesta sambutan perayaan bunga ini turut dihiburkan dengan pertunjukan kebudayaan, persembahan hiburan dan dapat menikmati pelbagai juadah.

Acara sambutan bermula pada kira-kira pukul 11 malam apabila sekumpulan sami Buddha memulakan upacara dengan membaca mantera dan diakhiri dengan menghanyutkan bunga teratai di sungai menjelang pukul 12 malam.

-- Utusan Malaysia, Ruangan Utara, 5 November 2001, ms. 27 

No comments:

Post a Comment