IKUTILAH BLOG INI SETIAP HARI. PENA AKAN CUBA UNTUK POST (UPDATE) SEGALA KERATAN BERITA YANG BERKAITAN DENGAN MASYARAKAT SIAM KITA INI. BUAT MASA SEKARANG, PENA HANYA AKAN POST KERATAN BERITA LAMA-LAMA TERLEBIH DAHULU. WALAU BAGAIMANAPUN, HARAP BERSABAR JE UNTUK MENDAPAT KERATAN BERITA YANG TERKINI.

Monday, January 10, 2011

Komuniti Bestari Untuk Masyarakat Siam Akan Diwujudkan

Kementerian Penerangan merancang menubuhkan satu unit Komuniti Bestari untuk masyarakat Siam di Kampung Olak Madu, Sidam dekat sini tidak lama lagi, kata Menterinya Datuk Seri Zainuddin Maidin. 

Katanya mereka mampu menjadi mata dan telinga kerajaan selain maklumat yang disalurkan melalui Komuniti Bestari membantu memajukan masyarakat Siam yang telah banyak memberi sumbangan kepada negara sejak merdeka.

Zainuddin, calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Sungai Petani pada pilihan raya umum esok, berkata kerajaan mahu masyarakat Siam Malaysia maju selaras dengan kemajuan yang dicapai bangsa lain di negara ini.

Berucap pada perjumpaan dengan masyarakat Siam di Kampung Olak Madu malam tadi, beliau berkata masyarakat Siam boleh mengadakan persembahan kebudayaan di Dataran Seni Sungai Petani yang diwujudkan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani (MBSP).

"MPSP boleh menganjurkan persembahan kebudayaan seminggu sekali yang disertai kumpulan kebudayaan setiap bangsa, persembahan artis tempatan dan pelukis menjual lukisan mereka bagi menghidupkan dataran itu," katanya.

Beliau berharap cara itu akan menyumbangkan kepada indusri pelancongan di Sungai Petani dan menggalakkan artis tempatan mengembangkan bakat mereka.

-- BERNAMA -- http://www.kempen.gov.my/content/view/1388/1/lang,ms/

No comments:

Post a Comment