KAMPUG TERBAK – Bagi mencetuskan hala tuju cemerlang dan kesejahteraan serta kemakmuran bagi
13,000 etnik Siam Kelantan pada masa hadapan, Persatuan Masyarakat Siam Kelantan menggariskan lima agenda utama menerusi pelan induk kemajuan masyarakat Siam Kelantan (2008 – 2011) yang dirangka persatuan ini pada Disember 2007.
Pengerusi Persatuan Masyarakat Siam Kelantan, Eh Chot Cha Chan berkata, pelan induk tersebut merupakan agenda perdana untuk memperkukuhkan asas dan seterusnya menjadi penentu kepada penbentukan masyarakat Siam Kelantan yang bersatu padu, maju serta sejahtera.
Katanya, pelan induk itu antaranya mempertingkatkan pembangunann prasarana institusi pendidikan Siam Kelantan.
“Pembangunan berkenaan melibatkan kemudahan dan keberkesanan pembelajaran serta pengajaran bahasa ibunda (bahasa Thai) di sebuah tadika dan 14 uah sekolah bahasa Thai di wat-wat seluruh Kelantan.
“Ini adalah pelengkapan kepada pembangunan modal insane disamping program peningkatan pencapaian akademik kepada pelajar-pelajar berketurunan Siam di sekolah rendah dan menengah terutamanya di Tumpat,” katanya kepada Sinar Harian.
Tambahannya, agenda berikutnya berkaitan penyelenggaraan tanah perkuburan atau rumah pembakaran mayat, pegurusan dan pembangunan 20 buah wat Siam, pengendalian aktiviti tiga NGO Siam dan pembangunan prasarana 0 buah kampung tradisi siam dengan kemudahan pusat komuniti, perpustakaan desa serta balai raya.
Katanya yang juga Yang Dipertua Persatuan Siam Malaysia cawangan Kelantan, sejak negera merdeka 50 tahun lalu, inilah julang-julang kali masyarakat Siam Kelantan dapat bersatu dalam satu persatuan yang kukuh.
“ Kejayaan merangka pelan induk ini bertitik tolak daripada kerjasama pemimpin keturunan Cina dan India Kelantan yang diketuai Pengerusi Badan Perhubungan MCA Negeri Kelantan, Tan Sri Datuk Lau Yin Pin,” katanya.
Tambahannya lagi, pelan induk berkenaan mengandungi permuhonan peruntukan kewanan khas untuk masyarakat Siam Kelantan dalam tempoh empat tahun telah pun disampaikan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melalui Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan bersama pelan induk kemajuan masyarakat Cina , Siam dan India Kelantan.
“Ini adalah hasil cadangan dan resolusi konvensyen masyarakat
Eh Chot berkata, seluruh masyarakat Siam Kelantan menaruh harapan tinggi terhadap pelan induk ini akan dapat dilaksanakan oleh kerajaan persektuan.
“Kempen penerangan kepada seluruh masyarakat Siam Kelantan sedang dijalankan di semua kampung penduduk Siam ini,” katanya.
Sumber: Sinar Harian; Isnin 11 Februari 2008; sinar@tumpat; K6
No comments:
Post a Comment