BEBERAPA buah kenderaan bereretan d tepi jalan raya. Pastinnyan ini rumah penganting. Lantas rakan saya berhenti kereta. Sebaik sahaja melangkah keluar, bunyi muzik jelas pada pendengaran, Namur iramanya agak ganjil, tidak pernah saya dengar sebelum ini.
Ketika masih tercari-cari datangnya muzik itu, seseorang meluru ke arah kami. Kami disambut mesra Eh Deng, ketua yang dihormati masyarakat Siam Kampung Jong Bakar, Tumpat.
Beliau memperkenalkan kita kepada bapa penganting dan seterusnya membawa kami ke sebuah bangsal di satu sudut di halaman rumah. Dari situlah atangnya muzik tadi. Beberapa orang sedang bermain alat muzik klong jau (kedompok panjang). Ada yang duduk sambil bermain dengan khusyuk dan ada yang melonggang lenggok menari. Kami diberitahu bahawa klong jau aialah set gendang yang menjadi kemestian pada majlis perkhawinan dan keraian masyarakat Siam. Permainan ini diiringi alat muzik tradisional lain yang antaranya diperbuat daripada buluh.
Kemudian kami dijemput masuk ke dalam rumah. Ramai saudara mara terutamanya wanita duduk di ruang tamu yang dipenuhi berpuluh-puluh dulang hantaran. Tidak kurang 30 dulang semuanya. Di satu sudut, seorang booh sedang menjalankan upacara pulih semangat pada penganting leleki. Selesai upacara, masing-masing bangun dan mengangkat dualng hantaran, bersedia untuk berangkat ke rumah penganting perumpuan.
Apabila berada semula di halaman rumah, saya rasai sesuatu yang agak ganjil. Puas diperhatikan di sekeliling, baru saya sedar semua tetamu sama ada lelaki atau wanita, pepakaian agak santai. Wanita yang agak berumur mamakai blaus da kain batik manakala remaja berkemeja-t dan berseluar jean sahaja.
Rombongan leleki didahului lri kecil yang membawa pemuzik tadi, diikuti kereta yang membawa wanita bersama hantaran. Tidak kurang juga wanita yang membawa hantaran hantaran dengan menaiki motosokal.
Setelah memandu kira-kira tiga kilometer, tibalah di tempat tujuan. Namun perjalan rombngan terhenti sebelum tiba di rumah pengantin perempuan. Rombongn yang didahului pemuzik diiringi wanita yang membawa sirih junjung serta hantaran itu terpaksa berhenti keraa ada halangan iaitu rentangan tali. Wakil kedua-dua pihak bercakapcakap, sesekal mereka tampak serius dan sesekal pula tertawa riang. Kami difahamkan bahawa mareka sedang ‘tawar-manawar’ mamujuk agar tali rentangan dibuja dan membenarkan robongan penganting lelaki masuk ke perkarangan rumah. Estela dipersetujuan dicapai, berduyun-duyunlah rombongan rombongan serta penganting lelaki menuju ke pintu rumah.
Tiba di muka pintu, penganting lelaki pula dihalang saudara mara serta ibu penganting permpuan. Jelas wujud kemesraan di sini. Setelah mendapat ‘habuan’, penganting lelaki dibenarkan masuk ke rumah. Beliau terus dibawa ke pintu bilis penganting perempuan.
Di situ, sekali lagi harapannya untuk bertemu bakal isterinya terhalang. Beliau merayu-rayu, sehingga berpuluh-puluh, Namur pintu juga tidak dibuka. Dapat didengar hlai tawa penganting perempuan serta rakan-rakannya dari dalam bilik. Ang pau sudah dihulurkan, juga gagal. Akhirnya sebakul buah-buahan dihalurkan, lantas pintu dibuka. Nyata, gadis ini tidak mudah ‘dibeli’ dengan wang rinngit.
Chev (penganting lelaki) seterusnya mambawa keluar bakal isterinya, Moon. “Gemok kap faa” (sama separan atau bagai pinang dibelah dua) tetamu berbisik-bisik dalam bahasa ibunda mereka. Pasangan itu terus duduk di haapan beberapa orang jurunikah untuk upacara ‘nikah’. Satu demi satu upacara dijalankan, setiap satunya diiringi doa. Antaranya memulihkan semangat pasangan penganting, penyerahan wang hantaran, menyarung cincin serta merenjis oleh keluargaterdekat bagi merestui pasangan itu. Keseluruhan majlis itu mengambil masa kira-kira sejam.
Selesai sahaja upacara, golongan wanta pihak penganting perempuan tampak sibuk membuka bngkusan dulang hantaran. Berbeza dengan adat perkhawinan Melayu, hanya separuh isi dulang itu diambil dan digantikan dengan makanan yang disediakan pihak perempuan. Sering kali sebahagian dulang itu diisikan pulut kuning serta inti kelapa Manis. Selesai dulang diisi, rombongan lelaki mengambil balik dulang untuk dibawa pulang.
Kami difahamkan bahawa sesuatu majlis perkhawinan Siam sebenarnya berlangsung tiga hari dan diakhiri dengan majlis perarkan. Pada hari pertama, kaum keluarga kedua-dua pihak berkumpul di rumah penganting perempuan untuk memasang khemah, menyusun kerusi meja dan membuat persediaan lain. Hari kedua diadakan jamuan besar-besaran serta pesta muzik mulai pagi hingga larut malam. Najlis pernikahan pada hari etiga itu sebenarnya agak sunyi berbanding dengan hari kedua, tetapi itulah tradisi adat perkhawinan masyarakat Siam .
Sumber: Majalah Jelita; Disember 2004
No comments:
Post a Comment