IKUTILAH BLOG INI SETIAP HARI. PENA AKAN CUBA UNTUK POST (UPDATE) SEGALA KERATAN BERITA YANG BERKAITAN DENGAN MASYARAKAT SIAM KITA INI. BUAT MASA SEKARANG, PENA HANYA AKAN POST KERATAN BERITA LAMA-LAMA TERLEBIH DAHULU. WALAU BAGAIMANAPUN, HARAP BERSABAR JE UNTUK MENDAPAT KERATAN BERITA YANG TERKINI.

Monday, January 10, 2011

Masyarakat Siam Hormati Tok Guru

TUMPAT (GMC) - Majlis Muhibbah Masyarakat Siam dengan pimpinan kerajaan negeri Kelantan membuktikan keunikan Negeri Cik Siti Wan Kembang ini.
Selaku Ketua Masyarakat Siam, En. Eh chot mengucapkan penghargaan kepada Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz diatas kunjungan hormat beliau ke Wat Phikul Thong, Tumpat.
“Kami menghormati tokoh islam seperti Tuan Guru yang membuat kunjungan hormat untuk berjumpa dengan Ketua Majlis ‘ Sangkha’ atau Sami Buddha Negeri Kelantan dan ketua- ketua ‘Wat’ Negeri Kelantan” katanya dihadapan lebih 6535 orang masyarakat siam disini semalam.
Kehebatan negeri Kelantan dapat digambarkan melalui keharmonian rakyat yang berbilang kaum, bangsa dan agama di bawah pemerintan Tuan Guru.
“Kami rasa dihargai apabila mendapat perhatian dari Kerajaan Negeri Kelantan yang membenarkan pihak kami untuk mengadakan pesta “Songkran” baru- baru ini. Jadi ini membuatkan kami berasa hormat diatas kerjasama yang diberikan” jelasnya lagi.
Seramai  20 ketua ‘wat” mengahadiri majlis tersebut bagi mewakili semua jajahan yang mempunyai ’wat’ di negeri Kelantan.
“Orang Melayu, India, Cina, dan Siam beras megah menjadi penduduk negeri Kelantan kerana negeri Kelantan ni unik, kebudayaannya menarik, semangat perpaduan agama yang sangat tinggi. Kami masyarakat siam bangga kerana mempunyai 20 buah ‘Wat’ siam di seluruh Kelantan”
Masyarakat siam Kelantan juga melahirkan rasa muhibbah mereka kerana mereka tidak disisihkan dalam pentadbiran negeri ini.
‘ Wat ' atau kuil buddha yang menarik dan hebat merupakan destinasi indah yang juga merupakan produk utama pelancongan negeri Kelantan.
Eh chot juga mengajak semua masyarakat supaya sentiasa berbaik sangka  dan bersikap positif. Katanya lagi walaupun terdapat perbezaan agama, tetapi ada titik pertemuan yang sama dalam setiap budaya boleh mendorong kita untuk berbaik-baik sesama kita.
Sementara itu, masyarakat siam juga melahirkan kegembiraan kerana saudara melayu boleh menerima ‘ Wat” sebagai simbol perpaduan.
Turut bersama Tuan Guru, Adun Kelaboran Mohamad Zaki Ibrahim yang baru dilantik sebagai timbalan speaker pada sidang dun baru –baru ini dan Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamaruddin Jaafar.


Sumber: Global Media Chanel

No comments:

Post a Comment