IKUTILAH BLOG INI SETIAP HARI. PENA AKAN CUBA UNTUK POST (UPDATE) SEGALA KERATAN BERITA YANG BERKAITAN DENGAN MASYARAKAT SIAM KITA INI. BUAT MASA SEKARANG, PENA HANYA AKAN POST KERATAN BERITA LAMA-LAMA TERLEBIH DAHULU. WALAU BAGAIMANAPUN, HARAP BERSABAR JE UNTUK MENDAPAT KERATAN BERITA YANG TERKINI.

Thursday, December 30, 2010

Dua Perkampungan Masyarakat Siam Dijadikan Homestay

TUMPAT – Dua perkampungan masyarakat Siam di Kelantan akan dijadiakn pusat pelancongan berkonsep homestay bagi membolehkan pelancong dalam dan luar negara melihatkan kebudayaan masyarakat itu secara lebih dekat.

Pengerusi Persatuan Masyarakat Sia Kelantan, Eh Chot Cha Chan berkata, dua perkampungan masyarakat Siam itu ialah di Kapung Teresek, Pasir Mas dan di Kampung Jubakar Darat di sini.

“Di dua perkampungan ini pelancong akan melihat keunikan budaya kami serta dapat merasai keharmonian kaum yang terdapat di Malaysia,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Kemaril, Pengurus Besar Majlis Tindakan Pelancongn Kelantan, Sulaiman smail meminta masyarakat di Kelantan memperkenalkan pusat pelancongan berkonsep homestay bago membolehkan pelancong melihat kebudayaan masyarakat itu di negara ini.

Sulaiman berkata, Kelantan, terutamanya di Tumpat mempunyai banyak wat Buddha yang terkenal di dunia kerana terdapat patung Buddha gergasi iaitu “sleeping Buddha” dan “sitting Buddha” yang boleh menjadi tarikan terutama ke perkampungan itu.

Eh Chot berkata pemilihan Kampung Teresek ialah kerana selain terletak di tepi Sungai Kelantan, penduduk kampong itu juga aktif dalam kegiatan seni budaya Siam manakala Kampung Jubakar Darat pula dipilih kerana terdaat patung-patung gergasi Buddha di sekitar kampong itu.

“Di Kampung Teresek pelancong boleh melihat persemahan menora, rodat, dan tarian tradisi kami. Paling meriah apabila pelancong datang pad asetiap 13 April kerana mereka dapat melihat dan merasai sendiri kemeriahan pesta Songkran,” katanya.

Beliau berkata, dua perkampugan itu akan dimasukkan dalam kalendar pelancongan bagi menarik seberapa ramai pelancong malawat neger ini.

Mengenai sambuatn pesta Songkran semlam, Eh Chot berkata lebih 20,000 pengunjung datang ke Wat Sukhontharam di sini kelmarin untuk menyaksikan perayaan itu dan ia adalah jumlah kehadiran paling besar setakat ini. – BERNAMA


                        Sumber: Sinar Harian; Ahad 15 April 2007; N7

"Panggil Saya Adik Chun"

Mukadimah
Siapa sangka disebalik tutur kata dan perlakuannya yang lemah lembut seperti kebanyakan wanita Siam, Senator Siw Chun Eam, 42, sebenarnya seorang yang begitu tegas dalam perjuangannya membela kebajikan masyarakat minoriti itu.



Bermula dengan masalah yang dihadapinya sendiri khusus dalam pemilikan tanah bagi orang Siam sekembalinya daripada belajar di Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1991, Siw Chun terus ligat membela nasib bangsanya. Satu demi satu isu masyarakat Siam dibawa ke pengetahuan kerajaan hatta di Parlimen sekalipun oleh wanita yang berasal dari Permatang Jawi, Arau, Perlis itu dan mempunyai kelulusan dalam bidang pengurusan perniagaan dari Pennsylvania State University di Amerika Syarikat (AS).


Daripada isu pemilikan tanah, ia beralih pula kepada isu perpaduan kira-kira 60,000 orang Siam di negara ini selain soal kebajikan, pendidikan, status bumiputera Siam dan juga kebudayaan masyarakat Siam.


“Masyarakat Siam bukan kaum pendatang tetapi peribumi di negara ini malah jika sejarah ditelusuri, mereka sebenarnya mewarisi tanah nenek moyang mereka yang dulunya dikenali sebagai Saiburi sebelum dipecah menjadi Kedah dan Perlis,'' kata wanita yang berasal dari Permatang Jawi, Arau itu kepada wartawan, Muhammad Nizam Abdul Hamid dan jurugambar, Nidzuwan Zainal Abidin baru-baru ini.


Siw Chun, lulusan bidang pengurusan perniagaan dari Pennsylvania State University di Amerika Syarikat itu merupakan senator kedua dalam sejarah masyarakat Siam di negara ini selepas Senator Datuk Charern Intachat yang tamat tempoh pada tahun 2002.


Beliau juga adalah Pengerusi Persatuan Siam Malaysia (PSM) yang mewakili masyarakat Siam yang tinggal di beberapa kawasan penempatan di tujuh buah negeri dengan sebahagian besarnya tinggal di negeri Kedah.




Bagaimana Yang Berhormat (YB) boleh berada di kedudukan sekarang?


Saya sebenarnya tidak suka terikat dengan masa kerja menggunakan punch card. Jadi saya tidak berminat kerja dengan orang. Saya suka dalam bidang perniagaan, dan apabila pulang dari Amerika Syarikat saya membuat perniagaan kereta terpakai, kredit dan mengusahakan kilang pakaian.


Bagaimana pula boleh terlibat dalam bidang politik?


Pada tahun 1991 apabila saya pulang ke tanah air, ayah saya mahu memberi tanah yang ada geran atas nama dia kepada saya. Beliau mahu membuat pertukaran daripada ayah kepada anak. Tetapi Pejabat Tanah kata orang Siam kena ada Sijil Siam. Saya tanya kenapa? Dia memberitahu kalau bersangkutan dengan tanah, orang Siam mesti ada sijil itu yang mengesahkan dia petani, baru boleh memiliki tanah. Saya tidak puas hati tetapi saya ikut prosedur dan memohon Sijil Siam pada harga RM10. Kemudian saya dipanggil temu duga. Pegawai berkenaan memberitahu bahawa saya tidak layak memiliki Sijil Siam atau Sijil Pertanian. Bagi saya ini tidak adil.


Kenapa YB anggap tidak adil?


Memang tidak adil kerana tanah itu tanah ayah saya. Kenapa saya tidak boleh memiliki tanah yang ada geran, apakah kerana saya bukan seorang petani? Takkanlah orang Siam selamanya jadi petani baru boleh memiliki tanah? Disebabkan rasa tidak puas hati saya mencari saluran yang dapat membantu orang Siam menyelesaikan masalah seperti ini. Kebetulan pada masa itu Pertubuhan Thai Perlis baru ditubuhkan. Masa mesyuarat agung dan saya dijemput. Pada mesyuarat itu, mereka tanya ada apa masalah orang Siam, lalu saya bangun dan bertanyakan fungsi pertubuhan ini. Mereka kata mahu membantu dari segi pendidikan, kebajikan dan jadi orang tengah antara orang Siam dengan kerajaan. Saya beritahu masalah yang saya hadapi dan bertanya ada sesiapa yang turut menghadapinya. Semua angkat tangan tetapi tidak ada yang boleh selesaikan masalah ini.


Jadi saya bertanya kenapa pertubuhan tidak berusaha untuk selesaikan masalah ini? Kalau kita bukan petani maksudnya kita tak boleh miliki tanah itu dan tanah itu akan jadi hak kerajaan atau diberikan kepada adik-beradik yang jadi petani. Dan pada masa itu juga saya mula melibatkan diri dalam persatuan dan UMNO.


Kenapa YB memilih UMNO?


Negara saya dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) di mana UMNO sebagai taiko, sebagai parti yang memerintah, jadi kebetulan masa itu kerajaan memberi peluang kepada orang Siam menjadi ahli UMNO. Masa itu saya mula tubuh cawangan UMNO dan menjadi Pengerusi Pertubuhan Thai Negeri Perlis pada tahun 1991. Masa itu saya memang aktif, saya cuba menaikkan martabat orang Siam dengan memohon kerajaan meneliti tentang Sijil Pertanian. Kemudian masa temu duga, dulu Pejabat Tanah tanya nama Raja, Perdana Menteri pertama yang amat berat bagi orang Siam di luar bandar menjawabnya. Sebagai seorang petani kalau pegawai tanya, mak cik buat bendang berapa relung dan tau tak cara buat bendang, itu no problem tetapi mereka tanya sampai nama Raja, nama Perdana Menteri pertama, kedua, apa makna bendera kita, bintang dan bulan.


Apa tindakan YB?


Semasa itu Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh jadi Menteri Besar dan saya buat memorandum kepada beliau meminta supaya pertanyaan seperti itu dilonggarkan. Saya pohon agar tanah yang ada hak milik daripada mak bapa kepada anak tidak perlu Sijil Siam kecuali tanah tidak bergeran macam TOL.


Pengalaman YB sendiri?


Mereka tanya saya seorang petani atau tidak. Apabila saya kata baru balik belajar dan berniaga, mereka terus tidak tanya dan beritahu saya tidak layak kerana bukan petani. Tetapi bagi kes petani pula, jika mereka ditanya soalan seperti itu saya rasa berat sikit untuk mereka jawab. Keadaan seperti ini menyebabkan rasa tidak puas hati orang kampung dan mereka merayu kepada saya agar dilonggarkan pertanyaan-pertanyaan seperti itu. Saya lihat UMNO sebagai salah satu saluran untuk menyelesaikan masalah ini. Saya seru orang Siam menyertai UMNO, kerana saya mahu memberi kesedaran kepada orang Siam. Orang Siam tidak faham langsung tentang politik, mereka kata boleh cari makan, tak ada orang kacau, okeylah. Undi pun mereka tidak daftar sebagai pengundi. Jadi saya rasa ini masanya untuk memberi kesedaran kepada orang Siam menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan yang memimpin negara yang kita tinggal sekarang. Sebenarnya orang Siam di luar bandar ini fresh, blank. Mereka hanya tahu pergi bendang dan balik, itu saja.


Ketika itu YB melihat orang Siam bagaimana?


Saya rasa orang Siam di belakang sikit dari segi sosial, akademik dan tidak ada pemimpin yang boleh menyuarakan hak mereka. Sebab itu apabila saya menghadapi masalah tanah itu, saya boleh selesai dengan melantik peguam tetapi bagaimana dengan orang lain? Jadi saya buat keputusan bahawa saya kena bantu mereka dan buat memorandum. Akhirnya tidak ada lagi soalan seperti erti bendera dan nama pemimpin, cuma tanya berapa relung, cara buat bendang, serelung kalau nak kerat padi berapa duit. Itu sahaja. Bagi saya soalan begini adalah lebih munasabah untuk orang buat bendang.
Setahun saya perjuangkan isu ini dan kelonggaran diberikan semasa Datuk Seri Shahidan Kassim menjadi Menteri Besar. Bagaimanapun bayaran untuk permohonan naik dan sudah mencecah RM30 untuk mendapatkan Sijil Siam.


Apa sebenarnya yang mendorong YB aktif dalam politik?


Inilah cara saya mencari saluran untuk menyatukan orang Siam, menunjukkan kepada kerajaan bahawa orang Siam menyokong kerajaan dan untuk menjadi badan perantara bagi menyuarakan masalah orang Siam kepada kerajaan. Itulah tujuan sebenar bukannya saya mahu merebut jawatan.
Selama ini siapa yang memperjuangkan nasib orang Siam?
Saya pun tidak tahu. Apa yang saya tahu apabila balik dari AS, saya berhadapan dengan masalah seperti ini yang tidak ada perhatian daripada pihak kerajaan. Seperti perarakan Hari Kemerdekaan, orang Siam turut serta tetapi lima hingga 10 orang dengan pakaian yang tidak senonoh, hanya pakai selipar. Memang ada pemimpin Siam tetapi mereka tidak berusaha untuk membuat persatuan seperti menubuhkan cawangan UMNO.


Siapa sebenarnya orang Siam di Malaysia ini?


Mengikut kefahaman sejarah saya, Kedah dan Perlis ini dulunya dikenali dengan nama Saiburi. Kemudian Saiburi dipecah kepada Kedah dan Perlis. Orang Siam yang menetap di Saiburi tidak pindah ke Thailand kerana tanah mereka ada di sini. Jadi kami ini orang Malaysia, orang Siam di Malaysia, bukan pendatang.


Jadi generasi sekarang tidak peduli lagi tentang Thailand?


Tidak. Tanah air kita adalah Malaysia.


Orang Siam sekarang dan dulu ada beza?


Orang Siam sekarang dan dulu ada banyak beza, dari segi kemajuan, fizikal dan mental sudah ada penghijrahan. Mereka kini mula ambil tahu fasal perkembangan kerajaan dan pendidikan anak-anak. Mereka sudah mula tanya kenapa matematik dan sains dalam bahasa Inggeris, pada zaman teknologi maklumat (IT) ini mereka mahu beli komputer untuk anak-anak. Itu bezanya. Dalam perjumpaan dengan mereka pula, saya cerita kepada mereka. bahawa, “Sekarang tuan puan kena jaga pendidikan anak-anak, sekarang kampung kita nak jadi bandar dah. Jadi bendang tu jangan harap sangat, kalau diambil kerajaan untuk dibuat pembangunan, jadi anak kita nak makan apa kalau dok harap depa buat bendang.” Jadi perlahan-lahan mereka sudah faham.


Siapa di sebalik kerja keras YB memperjuangkan nasib orang Siam?


Saya ingin berterus terang bahawa di belakang saya ialah Datuk Seri Shahidan Kassim. Beliau yang bagi semangat dan tunjuk ajar. Bukan senang mahu jadi pemimpin. Kadang-kadang kita bukan boleh selesai semua masalah, jadi macam-macam surat layang muncul. Menteri Besar beri saya semangat. Di samping itu Tuhan yang maha kuasa memberikan saya seorang suami (Lee Soon Guan) yang memahami diri saya. Beliau tidak pandai cemburu. Beliau juga memberi semangat dan membantu saya pergi kampung orang Siam walaupun waktu tengah malam.


Bagaimana persatuan Siam di peringkat negeri boleh bergabung?


Apabila Charern dilantik sebagai senator, dia juga mahu menyatukan orang Siam. Tetapi bagaimana? Jadi beliau menubuhkan Persatuan Siam Malaysia (PSM). Sebenarnya PSM diambil alih daripada Pertubuhan Thai Malaysia di Pulau Pinang. Pertubuhan Thai Malaysia sudah ada tetapi keahliannya hanya di Pulau Pinang. Jadi Charern cadangkan pertubuhan Thai ini dibawa ke tengah dan diubah menjadi PSM. Pertubuhan Thai di Pulau Pinang bersetuju. Kita buat pemindahan nama, alamat dan sebagainya. Sekarang orang Siam berada di tujuh negeri termasuk di Perlis. Saya jadi ketua PSM Perlis dan dilantik sebagai setiausaha agung pertama PSM.


Sebagai Senator apa perancangan YB?


Objektif pertama adalah satukan orang Siam di Malaysia, kedua, saya mahu mereka menyertai UMNO dan ketiga memberikan perhatian kepada pendidikan kerana masa depan tanpa pendidikan, bermakna kita akan buta segala-galanya. Keempat, saya mahu menjaga kebajikan terutama ibu tunggal atau bapa tunggal, warga emas yang dipinggir keluarga dan memberi perhatian dalam program belia.


Apa isu yang selalu dibawa ke Parlimen?


Tentang kebudayaan, saya minta kerajaan memberi pengiktirafan dan telah pun diberikan perhatian seperti memasukkan program Songkhran dalam kalendar pelancongan negeri dan kebangsaan. Keduanya tentang pendidikan, saya pohon kerajaan memberi peluang kepada pelajar Siam yang layak untuk melanjutkan pelajaran mereka ke universiti.


YB memperjuangkan pengiktirafan bumiputera Siam?


Ya. Memang perkara ini menjadi masalah kita dan masalah lapuk kami ialah tentang nama bangsa kami iaitu Thai dengan Siam. Kami mahu bezakan Siam dengan Thai. Thai ini adalah orang yang datang dari Thailand tetapi Siam ialah warganegara Malaysia berketurunan Siam Jadi saya buat permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara agar kami dikenali sebagai Siam. Dalam Sijil Pertanian Enakmen Tanah juga orang Siam. Sebab itu saya minta ia diubah menjadi Siam bukan Thai.


Mungkin sekarang orang Siam menikmati lebih banyak kemudahan?


Saya rasa ada dari segi akademik dan pendidikan, saya rasa kerajaan memberi perhatian kepada isu kami, memberi kelonggaran kepada pelajar yang layak melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. Mereka sudah banyak berjaya. Dari segi kakitangan kerajaan, ramai yang sudah berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan dan swasta pula, penglibatan generasi muda mulai dirasakan apabila mereka menceburi kilang. Sudah ada kesedaran tidak hanya bergantung kepada pertanian di mana ibu bapa mereka bermula, saya selalu pergi ke kampung dan rasmi mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memberi taklimat dan motivasi.


Sebagai Senator, apakah rutin YB?


Saya buat roadshow kalau tidak ada sesi Parlimen. Saya akan bawa Ahli Jawatankuasa PSM termasuk Pemuda dan Wanita melawat cawangan seluruh Malaysia dan akan berikan maklumat perkara semasa untuk pengetahuan cawangan tentang kerajaan dan melihat program cawangan dan juga masalah mereka. Jika tidak ada roadshow saya akan berada di pusat khidmat di hadapan rumah saya untuk memberi perkhidmatan kepada orang ramai.


YB sudah memasuki penggal kedua sebagai Senator dan ia tempoh maksimum, ke mana selepas ini?
Saya rasa kalau habis penggal kedua pun, kalau niat saya mahu membantu orang Siam, saya akan teruskan perjuangan itu. Memang saya rasa, saya akan kekal dalam politik. Dalam fahaman persatuan orang Siam, sesiapa yang dipilih menjadi Pengerusi PSM, orang itu akan menjadi Senator, jadi bila saya habis dua penggal maksimum, saya akan memberi peluang kepada orang lain yang akan menjadi Pengerusi PSM dan Senator. Tetapi saya sanggup menjadi ahli jawatankuasa dan Pengerusi PSM Negeri Perlis dan masih kekal sebagai Ketua Cawangan.


Bagaimana YB suka diri YB dilihat?


Walaupun saya seorang Senator sekarang, dulu orang panggil saya Chun, saya beritahu mereka, YB itu hanya dalam mesyuarat atau majlis rasmi, panggillah saya Adik Chun, macam biasa. Sebab kalau kita anggap diri kita ini tinggi sangat, orang akan malu dengan kita. Jadi kita anggap kita ini macam orang biasa, bermesra dengan orang kampung. Apabila pergi kenduri orang duduk atas tikar saya duduk atas tikar, bila orang makan dengan tangan saya makan dengan tangan. Saya tidak ada masalah bermesra dengan, semua bangsa. Saya boleh bergaul dengan orang muda, orang tua atau lelaki. Kita tidak boleh bangga sangat dengan diri kita, kita ini manusia biasa. Jawatan itu hanya sementara, sementara macam mana? Enam tahun habislah, perhubungan kita dengan masyarakat tidak akan habis.


Sebagai wanita mungkin YB hadapi masalah pimpin orang Siam?


Masa mula-mula itu ada. Pada peringkat pemilihan selepas Charern hanya saya seorang wanita. Kami tidak dilantik begitu sahaja. Ada pencalonan mengikut cawangan PSM dan pemilihan di peringkat kebangsaan macam pilihan raya umum. Masa pemilihan Senator itu tujuh lelaki turut bertanding. Kita mahu pilih tiga untuk dibawa ke peringkat atasan dan saya salah seorang. Dalam masa itu, saya dituduh macam-macam seperti tidak layak kerana bersuamikan lelaki Cina, macam mana 60,000 bangsa Siam mahu dipimpin wanita. Sesetengah mereka kata kena bagi lelaki. Tetapi dari segi kerja, mereka tidak mempertikaikannya. Saya sakit hati apabila mereka kata saya wanita tidak boleh menjadi pemimpin, tetapi itu yang menjadikan saya lebih bersemangat. Jangan hina saya kerana saya wanita. Saya cukup marah fasal itu. Kenapa hina wanita? Dan saya telah buktikan bahawa wanita bukannya hanya duduk di bawah, masak nasi dan jaga anak sahaja.

Sumber: Utusan Malaysia; Rencana; 19 Februari 2006

Give 'Bumi Status to Thai Community'

BY MANJIT KAUR


ARAU: The 60,000-strong Thai community in the country deserves to be accorded bumiputra status.
Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz who made the suggestion said the community should enjoy whatever privileges extended to other bumiputras.
He said the Thai community had been in the country for hundreds of years and most of them lived in the northern states and Kelantan.
The government, he said, should accord them bumiputra status just like the Kadazans and Ibans.
“We know that the Thai community has been living at border areas in the northern states and Kelantan for a long time,” he told a press conference after launching the Malaysia Siam Association annual general meeting at the Cheng Aun Kong hall in Jejawi near here.
Also present was association president Senator Siw Chun Eam.
Mohamed Nazri, who is also patron of the association, said the Thai community should not be left out in the country’s development, be it in the education or economic areas.
”I will try to seek a RM1mil allocation from the government to build a hall and a crematorium for the community,” he said.
http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2005/12/5/north/12775818&sec=North

20,000 Kaum Siam Kelantan Setia Jadi Warganegara Malaysia

Oleh: SAROJI MOKHTAR

KOTA BHARU 10 Ogos - Seorang pemimpin masyarakat keturunan Siam di Kelantan, Eh Deng Eh Chik yakin lebih 20,000 orang masyarakat Siam di Kelantan adalah warganegara Malaysia dan mempunyai kesetiaan yang tinggi kepada negara ini.

Beliau percaya mereka yang berada di negeri ini tidak mempunyai dua kerakyatan sebaliknya kesemua mereka adalah warganegara Malaysia.

``Keadaan yang aman dan selamat di Malaysia telah menyebabkan mereka tidak terfikir untuk mempunyai dua taraf kerakyatan atau pun menjadi warganegara Thailand,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Azmi Khalid semalam yang meminta penduduk Malaysia dan Thailand yang mempunyai dua kerakyatan serentak itu supaya memilih satu status warganegara tidak lama lagi.

Kelantan merupakan antara negeri di Malaysia yang mempunyai paling ramai masyarakat keturunan Siam. Sebahagian besar daripada mereka tinggal di kawasan-kawasan yang berdekatan dengan sempadan Thailand.

Eh Deng yang tidak bersetuju jika mana-mana keturunan Siam memiliki dua kerakyatan menegaskan, tidak ada sebab untuk mereka berbuat demikian kerana Malaysia adalah sebuah negara yang makmur dan mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh.

``Oleh itu saya yakin tidak ada masyarakat keturunan Siam yang lahir dan tinggal di negeri ini mempunyai dua kerakyatan walaupun mereka masih mempunyai saudara-mara di Thailand,'' katanya.

Selain itu katanya, mereka juga tidak berminat untuk menjadi warganegara Thailand kerana negara itu meletakkan syarat yang ketat iaitu harus menyertai kerahan tenaga terlebih dahulu.

Sumber: Utusan Malaysia; Dalam Negeri; 11/08/2004

ADAT PERKHAWINAN SIAM - Sambutan tiga hari penuh istiadat

BEBERAPA buah kenderaan bereretan d tepi jalan raya. Pastinnyan ini rumah penganting. Lantas rakan saya berhenti kereta. Sebaik sahaja melangkah keluar, bunyi muzik jelas pada pendengaran, Namur iramanya agak ganjil, tidak pernah saya dengar sebelum ini.

Ketika masih tercari-cari datangnya muzik itu, seseorang meluru ke arah kami. Kami disambut mesra Eh Deng, ketua yang dihormati masyarakat Siam Kampung Jong Bakar, Tumpat.

Beliau memperkenalkan kita kepada bapa penganting dan seterusnya membawa kami ke sebuah bangsal di satu sudut di halaman rumah. Dari situlah atangnya muzik tadi. Beberapa orang sedang bermain alat muzik klong jau (kedompok panjang). Ada yang duduk sambil bermain dengan khusyuk dan ada yang melonggang lenggok menari. Kami diberitahu bahawa klong jau aialah set gendang yang menjadi kemestian pada majlis perkhawinan dan keraian masyarakat Siam. Permainan ini diiringi alat muzik tradisional lain yang antaranya diperbuat daripada buluh.

Kemudian kami dijemput masuk ke dalam rumah. Ramai saudara mara terutamanya wanita duduk di ruang tamu yang dipenuhi berpuluh-puluh dulang hantaran. Tidak kurang 30 dulang semuanya. Di satu sudut, seorang booh sedang menjalankan upacara pulih semangat pada penganting leleki. Selesai upacara, masing-masing bangun dan mengangkat dualng hantaran, bersedia untuk berangkat ke rumah penganting perumpuan.

Apabila berada semula di halaman rumah, saya rasai sesuatu yang agak ganjil. Puas diperhatikan di sekeliling, baru saya sedar semua tetamu sama ada lelaki atau wanita, pepakaian agak santai. Wanita yang agak berumur mamakai blaus da kain batik manakala remaja berkemeja-t dan berseluar jean sahaja.

Rombongan leleki didahului lri kecil yang membawa pemuzik tadi, diikuti kereta yang membawa wanita bersama hantaran. Tidak kurang juga wanita yang membawa hantaran hantaran dengan menaiki motosokal.

Setelah memandu kira-kira tiga kilometer, tibalah di tempat tujuan. Namun perjalan rombngan terhenti sebelum tiba di rumah pengantin perempuan. Rombongn yang didahului pemuzik diiringi wanita yang membawa sirih junjung serta hantaran itu terpaksa berhenti keraa ada halangan iaitu rentangan tali. Wakil kedua-dua pihak bercakapcakap, sesekal mereka tampak serius dan sesekal pula tertawa riang. Kami difahamkan bahawa mareka sedang ‘tawar-manawar’ mamujuk agar tali rentangan dibuja dan membenarkan robongan penganting lelaki masuk ke perkarangan rumah. Estela dipersetujuan dicapai, berduyun-duyunlah rombongan rombongan serta penganting lelaki menuju ke pintu rumah.

Tiba di muka pintu, penganting lelaki pula dihalang saudara mara serta ibu penganting permpuan. Jelas wujud kemesraan di sini. Setelah mendapat ‘habuan’, penganting lelaki dibenarkan masuk ke rumah. Beliau terus dibawa ke pintu bilis penganting perempuan.

Di situ, sekali lagi harapannya untuk bertemu bakal isterinya terhalang. Beliau merayu-rayu, sehingga berpuluh-puluh, Namur pintu juga tidak dibuka. Dapat didengar hlai tawa penganting perempuan serta rakan-rakannya dari dalam bilik. Ang pau sudah dihulurkan, juga gagal. Akhirnya sebakul buah-buahan dihalurkan, lantas pintu dibuka. Nyata, gadis ini tidak mudah ‘dibeli’ dengan wang rinngit.

Chev (penganting lelaki) seterusnya mambawa keluar bakal isterinya, Moon. “Gemok kap faa” (sama separan atau bagai pinang dibelah dua) tetamu berbisik-bisik dalam bahasa ibunda mereka. Pasangan itu terus duduk di haapan beberapa orang jurunikah untuk upacara ‘nikah’. Satu demi satu upacara dijalankan, setiap satunya diiringi doa. Antaranya memulihkan semangat pasangan penganting, penyerahan wang hantaran, menyarung cincin serta merenjis oleh keluargaterdekat bagi merestui pasangan itu. Keseluruhan majlis itu mengambil masa kira-kira sejam.

Selesai sahaja upacara, golongan wanta pihak penganting perempuan tampak sibuk membuka bngkusan dulang hantaran. Berbeza dengan adat perkhawinan Melayu, hanya separuh isi dulang itu diambil dan digantikan dengan makanan yang disediakan pihak perempuan. Sering kali sebahagian dulang itu diisikan pulut kuning serta inti kelapa Manis. Selesai dulang diisi, rombongan lelaki mengambil balik dulang untuk dibawa pulang.

Kami difahamkan bahawa sesuatu majlis perkhawinan Siam sebenarnya berlangsung tiga hari dan diakhiri dengan majlis perarkan. Pada hari pertama, kaum keluarga kedua-dua pihak berkumpul di rumah penganting perempuan untuk memasang khemah, menyusun kerusi meja dan membuat persediaan lain. Hari kedua diadakan jamuan besar-besaran serta pesta muzik mulai pagi hingga larut malam. Najlis pernikahan pada hari etiga itu sebenarnya agak sunyi berbanding dengan hari kedua, tetapi itulah tradisi adat perkhawinan masyarakat Siam.

Sumber: Majalah Jelita; Disember 2004   

Malaysians Welcome "Loy Krathong" Festival

KANGAR - Malaysians of all races Saturday night welcomed the "Loy Krathong" festival in Jejawi near here, despite the traditional celebration being held later than its traditional date.

According to the Thai calendar, the celebration begins Nov 8 but the organisers pushed the event to Saturday as a mark of respect for the Ramadhan fasting month.

Malaysian Siamese Association president, Senator Siw Chun a/p Eam said the Loy krathong festival was not a religious celebration but more of an event associated with Thai culture and customs.

"Loy Krathong has been adapted to current needs and it has become a festival for all Malaysians," he told Bernama at the celebration.

Saturday night revellers placed thousands of "krathong" (lotus) flowers, made from coloured papers, in the JeJawi Canal. At midnight, as the high tide began to subside, the flowers drifted to sea, which symbolised getting rid of "bad luck".

Siw said the highlight of the celebration was the Loy Krathong beauty pageant to be held tonight with the participation of 18 contestants.

The Regent of Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, is expected to open the function Sunday night.

The Loy Krathong festival is held inconjunction with the Perlis Visit Year 2003-2005. - Bernama

Sumber: Utusan Malaysia; Time Out; 1/12/2003

A Carnival of Thanks by Thai Villarges to Donors of Temple

TUMPAT - The Buddhist temple in Kampung Terbak is the centre of life of the villagers of Thai descent and when donations poured in to help them to repair the temple, they got together to stage a carnival of thanks in their unique way.

For over three days last month, the donors were invited to the "restored" Wat Cheng Buddhavas grounds for the fair known as "pesta pitis" in the Kelantanese lingo.

Chairman for the Thai community in Kelantan, Eh Chot Cha Chan, said the donors were invited to attend the carnival where they were treated to various Siamese traditional honours and customs.

The guests were also entertained with cultural shows performed by the Thai villagers themselves.

"However, some of them declined the invitation, preferring to stay out of the limelight and remain anonymous. We respect their wish as they have their own reasons for doing that," said Eh Chot.

Eh Chot said apart from expressing their gratitude to the fund-raisers and donors, the pesta was staged to attract more contributions from the public.

It also brought extra incomes to the villagers as it allowed them to temporarily set up business at the temple grounds, selling snacks, drinks and clothings to foreign tourists and locals alike.

The carnival-like atmosphere was so evident that during the three-day period, the whole village appeared deserted with almost all of its dwellers converging at the temple grounds.

The highlight of the pesta was a float procession where each of the participating vehicles carried a "pokok pitis" or "money tree".

The leaves and flowers of these money trees were actually made from the currency notes and coins collected in the temple's donation drive.

Eh Chot said if more funds were collected, then more of such trees would be made and hence, more vehicles would be used in the procession.

Behind the float procession, the Thai villagers moved in cohesion, taking turns to dance gracefully to the tunes of "ramvong", accompanied by the rhythmic beat of the rebana and Thai traditional drums, ala Loy Krathong.

At night, the Thai "wayang kulit" or shadow play was staged for the entertainment of the villagers.
A son of Kampung Terbak, Eh Chan a/l Tom, said he felt obliged to provide some cash assistance for the upkeep of the temple, which had been ravaged by time and other elements.

Eh Chan, a businessman in Terengganu, said it was a way of showing his appreciation to the villagers of Kampung Terbak for praying for his business success.

At the closing of the carnival, RM40,000, the amount collected by villagers, was officially handed over to the Abbot of Wat Cheng Buddhavas, Phra Kru Visut Thammarat.

Thammarat, who has been the temple's abbot for close to a decade, hoped the carnival would be continued in the future as it was among the few occasions where the Kelantan Siamese community really got together and celebrate a pesta like the "Loy Krathong" festival. - Bernama

Sumber: Utusan Malaysia; Features; 10/09/2003

Masyarakat Siam Sokong Calon BN di Pendang

Pendang 1 Julai – Masyarakat Siam di daerah ini akan menyokong calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil Parlimen Pendang bagi memastikan pembangunan menyeluruh dapat dilaksanakan.

Pengerusi Penyelaras Masyarakat Siam Pendang, Ee Oon @ Edin Chok Edin Proot berkata, pihaknya tidak teragak-agak menyokong kepimpinan kerajaan BN kerana yakin hanya parti itu dapat meningkatkan taraf hidup mereka.

Kami ingin menyatakan sokongan padu kepada calon yang diletakkan oleh BN. Jangan diragui kesetiaan kami kerana bukti yang nyata telah ditunjukkan pada pilihanraya-pilihanraya lalu, katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Masyarakat Siam dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain di Wat kampung Titi Akar di sini, petang semalam.

Pada majlis tersebut, kerajaan negeri turut memberi bantuan sebanyak RM300,000 kepada wat terbabit bagi tujuan menyiapkan Sekolah Bahasa Siam yang sedang dalam proses pembinaan.

Sambil berharap kerajaan akan terus memberi perhatian yang sewajarnya kepada masyarakat Siam, Edin Chok menegaskan, tidak ada parti lain yang dapat menandingi keprihatinan seperti ditunjukkan oleh UMNO dan BN. 

Sumber: Utusan Malaysia, July 02 , 2002.

Masyarakat Siam di Pendang Mahu Perubahan

Pendang, Isnin – Masyarakat Siam dari 11 kampung di sini, menyifatkan pilihanraya kecil Parlimen Pendang, 18 Julai ini, bakal menentukan masa depan mereka yang ketinggalan di bawah pimpinan pembangkang selama ini.

Pengerusi Penyelaras Masyarakat Siam Pendang, Ee Oong @ Edin Chok a/l Edin Prool, berkata pilihanraya kali ini memberi peluang kepada mereka menyatakan sokongan kepada kerajaan tanpa mengambil kira calon yang dipertandingkan.

Beliau berkata, sokongan padu mampu diberikan majoriti 2,800 pengundinya yang menunggu memilih Barisan Nasional (BN) supaya dapat menikmati hidup yang lebih sempurna.

Bukan bermakna kerajaan selama ini tidak membantu kita, malah mereka lebih banyak memberi sumbangan pembangunan melebihi parti pembangkang yang dipilih majoriti rakyat di Pendang dalam pilihan raya lalu.
Kesilapan lalu menjadi pengajaran dan kami tetap menyokong kerajaan kerana parti ini saja mengiktiraf kami sebagai penduduk Bumiputera dan memberi kebebasan beragama kepada kami.

Oleh itu, kemenangan ini amat bermakna bagi kami, sekali gus memastikan nasib masyarakat minoriti ini setanding Bumiputera lain pada masa hadapan, katanya selepas majlis ramah mesra di Watt kampung Titi Akar, di sini, semalam.

Majlis itu dihadiri Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain dan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras masyarakat Siam Kedah, Datuk Fong Chok Gin. Turut hadir Ketua Sami Watt Titi Akar, Ton Choi a/l Din Phet.

Pada majlis itu, Syed Razak turut menyumbang derma sebanyak RM300,000 bagi melaksanakan projek Sekolah Bahasa Siam yang pertama dibina di negara ini bagi menggantikan sekolah sedia ada yang dibina sejak 1956.

Sumber: Berita Harian, July 02 , 2002.

Kampung Titi Akar Pernah Jadi Johan Daftar Pemilih Baru

PENDANG 3 Julai – Kampung Titi Akar, sebuah perkampungan masyarakat Malaysia berketurunan Siam di Parlimen Pendang, Kedah pernah menjadi johan dalam pertandingan mendaftar pemilih baru.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung berkenaan Uwam Din Jom berkata, kampung itu menjadi johan kerana berjaya mendaftar paling ramai pengundi baru berbanding 180 kampung lain di seluruh Parlimen Pendang pada 2001.

Bilangan pengundi baru yang didaftarkan semasa pertandingan anjuran UMNO bahagian Pendang itu melebihi 100 orang.

Kampung Titi Akar, perkampungan Siam yang terbesar di kawasan Parlimen itu kini mempunyai 1,295 penduduk dengan 777 orang daripadanya adalah pengundi.

Uwam, 46, berkata, selain kampung itu, terdapat juga 10 buah perkampungan Siam di kawasan parlimen Pendang dengan penduduk berjumlah 4,894 orang. Pengundi di 11 kampung itu berjumlah 2,715 orang.
Beliau berkata, masyarakat Malaysia keturunan Siam itu bersyukur dengan pembangunan yang terdapat di kampung-kampung mereka walaupun banyak lagi yang boleh dilakukan.

Sebagai contoh, katanya, semua jalan tanah merah di beberapa buah kampung sepatutnya ditar.

Uwam berkata, kebajikan penduduk 11 buah kampung masyarakat Siam itu dijaga oleh sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Penyelarasan Masyarakat Siam.

Sebagai setiausaha jawatankuasa itu, Uwam telah mengemukakan permohonan kepada kerajaan negeri untuk mendapatkan dewan orang ramai dan mengadakan kelas mempelajari bahasa ibunda mereka di situ.

Kebanyakan penduduk kampung itu yang terdiri daripada pesawah serta penoreh juga meminta kerajaan membuat pembetungan, tali air dan perparitan yang sempurna bagi tujuan pertanian.

Permintaan-permintaan itu agak kurang kedengaran oleh pihak kerajaan apabila kawasan Parlimen itu diwakili PAS, katanya.

Uwam berharap perubahan akan berlaku selepas pilihanraya kecil kawasan itu kelak demi kebaikan para penduduk kampung-kampung berkenaan.

Pilihanraya kecil Parlimen Pendang bakal diadakan bersama pilihanraya kecil kerusi negeri Anak Bukit pada 18 Julai berikutan kematian wakil rakyat bagi kedua-dua kawasan itu Datuk Fadzil Noor yang juga Presiden PAS, pada 23 Jun lepas.

Beliau berkata, para penduduk di situ amat akur dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

Boleh dikatakan hampir 85 peratus daripada pengundi Siam di Pendang keluar mengundi pada pilihanraya umum 1999, katanya.

Uwam berkata, satu daripada sifat masyarakat Siam di situ ialah mereka hormat menghormati dan patuh mengikut arah haluan ketua.

Kalau ketua pergi ke kiri, mereka pergi ke kiri. Kalau ketua pergi ke kanan, mereka pergi ke kanan, katanya. – Bernama.

Sumber: Utusan Malaysia, July 04 , 2002.

Belia Thai Turut Sedih Keputusan Dr. Mahathir Bersara

Saudara Pengarang,

SAYA bagi pihak belia Thai warganegara Malaysia berasa terharu dan sedih sekali setelah mendapat berita mengenai pengumuman Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia (PM) untuk meletak jawatan melalui media massa.

Bagi saya, bukan masanya PM meletak jawatan kecuali jika beliau tidak sihat. PM haruslah memberi tempoh masa yang sesuai untuk proses peralihan kepada pengganti beliau supaya perletakan jawatan beliau tidak akan menggugatkan kestabilan negara dari segi ekonomi dan politik.

PM amat diperlukan bukan sahaja oleh rakyat Malaysia malah oleh negara-negara dunia ketiga.

Masyarakat hai juga masih mundur dan masih mengharapkan bantuan kerajaan. Kami mohon maaf dan berharap agar PM dapat meneruskan kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia. Bukan niat kami untuk mengheret PM bekerja hingga ke akhir hayat cuma masanya untuk bersara belum tiba. – MANIT A/L SEE NAM, Naib Presiden, Persatuan Belia Thai Malaysia, (www.beliathai.org.my).

Sumber: Utusan Malaysia, July 02 , 2002.

Kepimpinan Dr Mahathir masih diperlukan

22/06/2002 10:21 p.m.

``SAYA melahirkan rasa lega atas keputusan Perdana Menteri untuk menarik balik keputusannya meletakkan jawatan.

``Saya percaya, kita masih memerlukan kepimpinan beliau untuk menerajui negara ini. Semua pihak wajib bersatu padu dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri.''

- Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr. Maamor Osman.


``INI satu keputusan yang amat mengejutkan KPPK.

``KPPK mahu Dr. Mahathir terus kekal memimpin rakyat Malaysia. Ini penting kerana kita yakin Dr. Mahathir masih mampu memimpin dan membawa pembangunan kepada negara.''

- Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, Tengku Habsah Tengku Petra.


``SAYA bersyukur dengan keputusan Dr. Mahathir menarik balik semua jawatan yang dilepaskannya petang tadi.

``Kami melihat banyak lagi agenda untuk memartabatkan orang Melayu belum selesai. Kita masih memerlukan Dr. Mahathir untuk membimbing orang Melayu untuk keluar daripada kelemahan yang disebutnya.''

- Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia, Sanip Sarudi.


``KITA amat lega, bersyukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana prihatin dengan kehendak rakyat yang inginkan beliau meneruskan kepimpinan negara.

``Keputusan menarik balik semua jawatan dalam parti dan kerajaan oleh Perdana Menteri ini seolah-olah memberi nafas baru kepada rakyat.

``Saya harap rakyat tidak mensia-siakan pengorbanan Perdana Menteri yang tidak berbelah-bagi itu.''

- Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, Mohamed Shafie BP Mammal.


``KEPIMPINAN Perdana Menteri masih diperlukan bagi memastikan kesinambungan dalam kestabilan politik dan ekonomi negara.

``Kewibawaan Perdana Menteri sebagai pemimpin amat menyerlah malah diakui oleh dunia ketika ini... seharusnya kita bersyukur kerana kestabilan akan dikekalkan.''

- Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia, Shamsuddin Bardan.


``IA merupakan satu berita terbaik kepada rakyat Malaysia dan setiap kaum harus mendoakan kesejahteraan Perdana Menteri supaya panjang umur dan memberi kekuatan kepada beliau untuk meneruskan kepimpinan negara.

``Beliau seorang pemimpin yang sangat unik, amat menyerlah dan disenangi oleh semua kaum malah merupakan satu-satunya pemimpin negara membangun yang dihormati dunia.''

- Presiden CUEPACS, Datuk N. Siva Subramaniam.


``SAYA mewakili semua ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) bersyukur kepada Allah kerana telah memberi hidayah kepada Dr. Mahathir untuk menerima keputusan Majlis Tertinggi UMNO agar menarik semula perletakan jawatan beliau.

``Saya juga melihat kegembiraan terpancar pada wajah semua perwakilan dan para pengunjung di PWTC selepas keputusan untuk meletak jawatan Perdana Menteri ditarik balik.''

- Presiden PBTM, Datuk Muhammad Abdul Ghani.


``KALAU ada kesilapan yang kami orang Melayu lakukan, saya dan ahli-ahli persatuan benar-benar memohon maaf dan dengan hormat meminta beliau meneruskan kepimpinan.

``Orang Melayu semuanya sudah sedar dan insaf malah mahukan Datuk Seri terus menerajui bangsa dan negara.''

- Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Moehamad Izat Emir.


``KAMI masyarakat Siam Malaysia menarik nafas lega dan bersyukur atas keputusan Datuk Seri menarik balik pengumuman itu dan meminta beliau terus memimpin rakyat Malaysia.

``Kami sedar kepimpinan Perdana Menteri dan Presiden UMNO tidak pernah mengabaikan hak-hak rakyat Malaysia berbilang kaum termasuklah kaum minoriti di negara ini.''

- Presiden Persatuan Siam Malaysia dan Ketua UMNO Cawangan Kota Giam-Sungai Baru, Kubang Pasu, Datuk Charern Intachat.


``AGENDA perjuangan Melayu yang digagaskan oleh Perdana Menteri belum selesai kerana itu rakyat dan negara ini masih memerlukan lagi kepimpinan beliau.

``Sumbangan beliau masih belum cukup selain daripada semua pihak masih belum bersedia untuk mengambil alih tugas beliau sebagai pemimpin negara. Kita akan mengadakan perhimpunan untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.''

- Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Suhaimi Ibrahim.

Sumber: Utusan Malaysia; Berita; 22/06/2002 10:21 p.m.