IKUTILAH BLOG INI SETIAP HARI. PENA AKAN CUBA UNTUK POST (UPDATE) SEGALA KERATAN BERITA YANG BERKAITAN DENGAN MASYARAKAT SIAM KITA INI. BUAT MASA SEKARANG, PENA HANYA AKAN POST KERATAN BERITA LAMA-LAMA TERLEBIH DAHULU. WALAU BAGAIMANAPUN, HARAP BERSABAR JE UNTUK MENDAPAT KERATAN BERITA YANG TERKINI.

Thursday, December 30, 2010

Masyarakat Siam di Pendang Mahu Perubahan

Pendang, Isnin – Masyarakat Siam dari 11 kampung di sini, menyifatkan pilihanraya kecil Parlimen Pendang, 18 Julai ini, bakal menentukan masa depan mereka yang ketinggalan di bawah pimpinan pembangkang selama ini.

Pengerusi Penyelaras Masyarakat Siam Pendang, Ee Oong @ Edin Chok a/l Edin Prool, berkata pilihanraya kali ini memberi peluang kepada mereka menyatakan sokongan kepada kerajaan tanpa mengambil kira calon yang dipertandingkan.

Beliau berkata, sokongan padu mampu diberikan majoriti 2,800 pengundinya yang menunggu memilih Barisan Nasional (BN) supaya dapat menikmati hidup yang lebih sempurna.

Bukan bermakna kerajaan selama ini tidak membantu kita, malah mereka lebih banyak memberi sumbangan pembangunan melebihi parti pembangkang yang dipilih majoriti rakyat di Pendang dalam pilihan raya lalu.
Kesilapan lalu menjadi pengajaran dan kami tetap menyokong kerajaan kerana parti ini saja mengiktiraf kami sebagai penduduk Bumiputera dan memberi kebebasan beragama kepada kami.

Oleh itu, kemenangan ini amat bermakna bagi kami, sekali gus memastikan nasib masyarakat minoriti ini setanding Bumiputera lain pada masa hadapan, katanya selepas majlis ramah mesra di Watt kampung Titi Akar, di sini, semalam.

Majlis itu dihadiri Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain dan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras masyarakat Siam Kedah, Datuk Fong Chok Gin. Turut hadir Ketua Sami Watt Titi Akar, Ton Choi a/l Din Phet.

Pada majlis itu, Syed Razak turut menyumbang derma sebanyak RM300,000 bagi melaksanakan projek Sekolah Bahasa Siam yang pertama dibina di negara ini bagi menggantikan sekolah sedia ada yang dibina sejak 1956.

Sumber: Berita Harian, July 02 , 2002.

No comments:

Post a Comment