IKUTILAH BLOG INI SETIAP HARI. PENA AKAN CUBA UNTUK POST (UPDATE) SEGALA KERATAN BERITA YANG BERKAITAN DENGAN MASYARAKAT SIAM KITA INI. BUAT MASA SEKARANG, PENA HANYA AKAN POST KERATAN BERITA LAMA-LAMA TERLEBIH DAHULU. WALAU BAGAIMANAPUN, HARAP BERSABAR JE UNTUK MENDAPAT KERATAN BERITA YANG TERKINI.

Sunday, December 26, 2010

Keturunan Thai Ikrar Sokong BN

KOTA BHARU 26 Nov. - Tengku Razaleigh Hamzah menjadi faktor penting bagi masyarakat keturunan Thai di Kelantan untuk memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kali.

Pengerusi Persatuan Masyarakat Keturunan Thai Kelantan, Eh Chot Cha Chan yakin hampir kesemua daripada 3,000 anggota masyarakat itu yang layak mengundi akan membantu memastikan kemenangan BN.

''Saya percaya tiada siapa yang boleh sanggah anggaran saya ini kerana yang mungkin turut memihak kepada Pas cuma segelintir iaitu daripada kalangan yang terhutang kepada Pas.
''Ini termasuklah kalangan anggota masyarakat kami yang telah dilantik sebagai Penyelia Pembangunan Tanpa Mukim oleh kerajaan Pas dan mereka yang mendapat sedikit sebanyak faedah,'' ujarnya.

Beliau mengakui semasa Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan itu berada di luar UMNO, ramai anggota masyarakat Thai berbelah bahagi dalam memberi sokongan kepada BN.

Beliau memberitahu Utusan, sebahagian besar daripada lebih 12,000 anggota masyarakat Thai di Kelantan tertumpu di kawasan Tumpat dan terdapat juga penempatan kecil di Semerak, Pasir Puteh. ''Kemasukan Ku Li ke dalam UMNO turut mengubah pendirian masyarakat Thai yang menyahut seruan beliau.

''Di samping itu kita sedar bahawa BN sebenarnya memberi layanan adil kepada semua bangsa dan sentiasa sedia membantu,'' ujar Eh Chot.

Sehubungan itu beliau percaya perubahan sikap secara menyeluruh ini dapat sedikit sebanyak membantu memberi harapan kepada calon-calon BN.

Dalam pilihan raya 1995, Pas menguasai Parlimen Tumpat dan Dewan Undangan Negeri kawasan Pasir Pekan manakala Parti Melayu Semangat 46 di Kelaboran.

BN cuma memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubur menerusi wakilnya, Mat Nawawi Mat Jusoh.

Sumber: Utusan Malaysia; Pilihan Raya; 27/11/1999

No comments:

Post a Comment