IKUTILAH BLOG INI SETIAP HARI. PENA AKAN CUBA UNTUK POST (UPDATE) SEGALA KERATAN BERITA YANG BERKAITAN DENGAN MASYARAKAT SIAM KITA INI. BUAT MASA SEKARANG, PENA HANYA AKAN POST KERATAN BERITA LAMA-LAMA TERLEBIH DAHULU. WALAU BAGAIMANAPUN, HARAP BERSABAR JE UNTUK MENDAPAT KERATAN BERITA YANG TERKINI.

Thursday, December 30, 2010

Belia Thai Turut Sedih Keputusan Dr. Mahathir Bersara

Saudara Pengarang,

SAYA bagi pihak belia Thai warganegara Malaysia berasa terharu dan sedih sekali setelah mendapat berita mengenai pengumuman Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia (PM) untuk meletak jawatan melalui media massa.

Bagi saya, bukan masanya PM meletak jawatan kecuali jika beliau tidak sihat. PM haruslah memberi tempoh masa yang sesuai untuk proses peralihan kepada pengganti beliau supaya perletakan jawatan beliau tidak akan menggugatkan kestabilan negara dari segi ekonomi dan politik.

PM amat diperlukan bukan sahaja oleh rakyat Malaysia malah oleh negara-negara dunia ketiga.

Masyarakat hai juga masih mundur dan masih mengharapkan bantuan kerajaan. Kami mohon maaf dan berharap agar PM dapat meneruskan kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia. Bukan niat kami untuk mengheret PM bekerja hingga ke akhir hayat cuma masanya untuk bersara belum tiba. – MANIT A/L SEE NAM, Naib Presiden, Persatuan Belia Thai Malaysia, (www.beliathai.org.my).

Sumber: Utusan Malaysia, July 02 , 2002.

No comments:

Post a Comment