IKUTILAH BLOG INI SETIAP HARI. PENA AKAN CUBA UNTUK POST (UPDATE) SEGALA KERATAN BERITA YANG BERKAITAN DENGAN MASYARAKAT SIAM KITA INI. BUAT MASA SEKARANG, PENA HANYA AKAN POST KERATAN BERITA LAMA-LAMA TERLEBIH DAHULU. WALAU BAGAIMANAPUN, HARAP BERSABAR JE UNTUK MENDAPAT KERATAN BERITA YANG TERKINI.

Thursday, December 30, 2010

Masyarakat Siam Sokong Calon BN di Pendang

Pendang 1 Julai – Masyarakat Siam di daerah ini akan menyokong calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil Parlimen Pendang bagi memastikan pembangunan menyeluruh dapat dilaksanakan.

Pengerusi Penyelaras Masyarakat Siam Pendang, Ee Oon @ Edin Chok Edin Proot berkata, pihaknya tidak teragak-agak menyokong kepimpinan kerajaan BN kerana yakin hanya parti itu dapat meningkatkan taraf hidup mereka.

Kami ingin menyatakan sokongan padu kepada calon yang diletakkan oleh BN. Jangan diragui kesetiaan kami kerana bukti yang nyata telah ditunjukkan pada pilihanraya-pilihanraya lalu, katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Masyarakat Siam dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain di Wat kampung Titi Akar di sini, petang semalam.

Pada majlis tersebut, kerajaan negeri turut memberi bantuan sebanyak RM300,000 kepada wat terbabit bagi tujuan menyiapkan Sekolah Bahasa Siam yang sedang dalam proses pembinaan.

Sambil berharap kerajaan akan terus memberi perhatian yang sewajarnya kepada masyarakat Siam, Edin Chok menegaskan, tidak ada parti lain yang dapat menandingi keprihatinan seperti ditunjukkan oleh UMNO dan BN. 

Sumber: Utusan Malaysia, July 02 , 2002.

No comments:

Post a Comment