IKUTILAH BLOG INI SETIAP HARI. PENA AKAN CUBA UNTUK POST (UPDATE) SEGALA KERATAN BERITA YANG BERKAITAN DENGAN MASYARAKAT SIAM KITA INI. BUAT MASA SEKARANG, PENA HANYA AKAN POST KERATAN BERITA LAMA-LAMA TERLEBIH DAHULU. WALAU BAGAIMANAPUN, HARAP BERSABAR JE UNTUK MENDAPAT KERATAN BERITA YANG TERKINI.

Thursday, December 30, 2010

Pegawai Persatuan Belia Siam Tersinggung Pendapat Idris Bakar

Saudara Pengarang,


SAYA tidak bersetuju dengan pendapat Idris Bakar dari Taiping yang disiarkan pada 8 Ogos 2001 dalam Forum Utusan Malaysia yang bertajuk Julukan Serambi Mekah patut diubah Serambi Siam. Walaupun agama rasmi negara kita adalah agama Islam tetapi agama lain bebas dianuti seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara.


Untuk memperkukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat yang berbilang kaum dan agama di Malaysia, Idris Bakar tidak wajar mengaitkan mana-mana agama dengan bermotifkan politik untuk menjatuhkan mana-mana pihak. Sebagai penganut agama Buddha berketurunan Siam, saya kagum terdapat patung Buddha yang kedua terbesar di dunia di Kelantan.


Oleh itu, janganlah jadikan isu patung ini sebagai alat untuk memecahbelahkan masyarakat di negara kita. Pendapat Idris Bakar ini boleh menyinggung perasaan penganut-penganut agama Islam dan Buddha. - MANIT A/L SEE NAM, Penolong Setiausaha Agung, Persatuan Belia Thai Malaysia


Sumber: Utusan Malaysia (Ruangan Forum) pada 10 Ogos 2001 m/s 10

1 comment:

  1. One thing that Idris Bakar missed out is this: The statue of Buddha or other faith is not build in front to, beside to, at the back of Mosque. It is far away, so what is the Problem?

    ReplyDelete