IKUTILAH BLOG INI SETIAP HARI. PENA AKAN CUBA UNTUK POST (UPDATE) SEGALA KERATAN BERITA YANG BERKAITAN DENGAN MASYARAKAT SIAM KITA INI. BUAT MASA SEKARANG, PENA HANYA AKAN POST KERATAN BERITA LAMA-LAMA TERLEBIH DAHULU. WALAU BAGAIMANAPUN, HARAP BERSABAR JE UNTUK MENDAPAT KERATAN BERITA YANG TERKINI.

Thursday, December 30, 2010

Masyarakat Siam Diminta Jadikan Pesta Songkran Produk Pelancongan

PADANG BESAR, 13 April -- Masyarakat Siam di negeri ini diminta menjadikan pesta Songkran atau pesta air sebagai satu produk pelancongan negeri seperti mana perayaan kaum lain di Sabah dan Sarawak.

Exco kerajaan negeri, Datuk Yazid Mat berkata, sehubungan itu masyarakat Siam dikehendaki menokok tambah atau memberi input tambahan supaya sambutan pesta itu lebih ceria dan mampu memikat pelancong.

Beliau berkata, pesta Songkran yang bermaksud sambutan tahun baru masyarakat Siam merupakan satu acara tahunan yang telah dimasukkan ke dalam kalender pelancongan negeri Perlis.

Yazid menyarankan perkara ini semasa merasmikan Pesta Songkran 2001 mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim di wat Kubang Tiga dekat sini hari ini.

Pesta Songkran bukanlah sambutan keagamaan masyarakat Siam sebaliknya lebih merupakan tradisi berhibur siram menyirami antara satu sama lain dengan harapan tahun baru yang mendatang lebih ceria dan makmur.

Yazid menambah kata, pesta Songkran perlu diteruskan dengan pelbagai kaum mengambil bahagian bertujuan mengeratkan perpaduan di kalangan rakyat di negara ini.

Menurut beliau, pesta Songkran juga disambut di negeri Kedah dan Kelantan yang mempunyai ramai penduduk Siam.

Pesta yang berbentuk hiburan dan kebudayaan itu perlu mengetengahkan aspek-aspek persamaan antara kaum bagi menjalinkan ikatan kerjasama dan bukannya menampilkan perbezaan, katanya.

Sumber: Utusan Malaysia (Edisi Utara), April 14, 2001. 

No comments:

Post a Comment